About Me

My Photo
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya

Tuesday, May 11, 2010

Diari si kecil..



Discharge from HKL, keadaan alanna stabil.maybe dia happy nak balik

8 May - Bertolak ke Melaka, untuk mencuba perubatan kampung..dah pergi 2-3 tempat..kata mereka sawan mayat..Wallahualam..

9 May - Alanna mula meragam..merengek dan tak tidur. Dah 2 hari. Nak 24jam dodoi..Dady la mangsanya.Petang tu bertolak ke Pontian,Johor. Bawa alanna jumpa seorang ustaz ni, dia tolong tengok kalau-kalau ada yang mengganggu. Alanna tak berhenti menangis sepanjang perjalanan dari Melaka ke Pontian.

10 May - Ustaz semalam bawa alanna pergi berjumpa kawannya yang mengamalkan perubatan homoepati..hasilnya sama seperti yang dikatan oleh Dr. di HKL. Katanya organ-organ dalaman alanna mula lemah. Hampir 60% dah rosak. Patut la dia asik merengek. Seperti sesuatu yang di tahannya. Rupa-rupanya dia menahan kesakitan. Kesian sayang alanna, nak bagitau mumy xdapat.

11 May
- Bertolak pulang ke Melaka. Tangisan alanna mula kurang. Ustaz di homoepati ada membekalkan sedikit ubat. Harapnya dapat membantu alanna menghilangkan kesakitan.

12 May - Petang tu alanna dessect again..1st time since discharge dr HKL..menggeletar tubuh masa tu..tanpa Dr..tanpa nurse..kami hadapinya sendiri..tp Alhamdulillah nasib baik tak lama dan tak teruk. Situasi pada masa itu cukup cemas. Mama xberhenti menyebut Allah..Allah..dan yang terkejutnya..nadim pun ikut sebut Allah..mukanya serius seolah-olah mengerti apa yang adiknya sedang alami..dia berlari kesana-sini, lepas tu dia datang balik sambil membawa botol air alanna sambil berkata 'nah mumy, ubat adik nun.."..begitu lah alanna..agaknya sepanjang hayatnya terpaksa lalui semua ni..bila-bila masa....nasib mu nak..mumy hanya mampu berdoa agak alanna dapat bertahan..dan mumy tahu ramai diluar sana yang ikhlas mendoakan kesihatan mu nak..terima kasih

16 May
- Alanna beransur baik..Alhamdulillah..kurang meragam dan menangis..cuma kadang-kadang dia tak selesa..sedia maklum cuaca di Melaka panas terik..lebih-lebih lagi rumah mertua berdekatan dengan pantai..bahangnya amat terasa sekali..Along buat cukur jambul untuk baby barunya alisya...alanna pun tumpang sekaki sket..hehehe..dady sampai petang sbtu tu sebab minggu ni dady kerja..malam tu dady pusing satu melaka cari susu alanna..susunya special sket..900g rm84..susu AR..khas untuk bayi yang bermasalah..hari ahad dady bawa round naik satu kampung dengan motor.heheh

17 May
- Hari ni alanna makin ceria.tersengih-sengih bila bergurau dengan dia...tapi pagi tadi tiba-tiba ternampak tiub alanna di tangannya..pantas sungguh dia menarik keluar tiub tu..agaknya dia xsuka kot..hmm..nak kena pergi hosp. plak nak masukkan tiub ni..mumy tak berani nak masukkan..sementara itu, cuba untuk suap nestuk ..alanna makan sampai habis..memang dia lapar kot..mana taknya..sepatutnya baya dia ni dh makan macam-macam..tapi bila di suapkan susu kemulut alanna sedikit tersedak..merah muka..kesian anak mumy ni..kenapa susah sangat susu tu nak mengalir masuk..tak pe la sayang..nanti di syurga kelak, alanna makan lah sepuas-puasnya..

20 May - She did it again..straight away from Hosp Melaka to HKL and admitted @3a.m..

23 May - Alanna dah kembali stabil..2-3 hari ni asik tido je..mungkin kepenatan lepas kesakitan. Sepatutnya dah boleh discharge hari ni..tapi terpaksa menunggu untuk berjumpa Dietition esok.hmmm..tunggu je la..xpe la.sekarang ni i dah anggap HKL ni our 2nd home..ehehe

1 June - Pagi ni alanna back to school a.k.a HKL..baru isnin minggu lepas keluar..masuk balik..dah puas kami than dan tunggu seboleh-bolehnya tak nak la masuk balik..tp alanna dah 2 hari tak tidur dan pagi tadi tiba-tiba suhunya naik mendadak..so terpaksa lah redah pagi yang sesak tadi ke HKL......

5 June - Selesai membaca yassin, alanna dibawa keluar dr HKL terus ke rumahnya..selepas berjumpa semua,dan hanya ahli keluarga yang tinggal, dia seolah-olah telah bersedia untuk 'pergi'. Dia tercungap dalam dakapan mumy, dia menghembuskan nafasnya dalam dakapan daddy.Jam 11.35malam..dia pergi buat selama-lamanya. Al-fatihah (Alanna Qish bt Syarulniza 24/8/2009-5/6/2010)

7 comments :

zealvia said...

Pagi tadi baru je pasang niat nak call ko sementelah tak de update lately...tup..tup pagi ni dah ada update.

sawan mayat ye ..ada penawar tak? sian alana tahan sakit. Cepat sembuh ya Alana. Auntie selalu mendoakan kesihatanmu.

SiTi said...

salam ziarah...
siti turut bersimpatai atas apa yg terjadi..apa yg mampu siti katakan..siti mendoakan agar kesihatan alanna akan bertambah sihat..amin

Asz said...

salam ayu ... moga segala usaha Ayu utk bantu Alanna membuahkan hasil ... kuatkan semangat ye, Alanna need u both ... take care!

DeLLa said...

Ya Allah..berilah ketabahan kekuatan pd mummy & daddy alanna..dan berilah kesihatan yg baik utk si anakanda alanna..aminnnn

mama zahin said...

salam...

tak berhenti berdoa agar kak ayu sekeluarga terus tabah dengan dugaan ini...

aiDieNa said...

Redhakan pemergian dan kuatkan hati hadapi dugaan ini.. berbahagialah Alanna di syurga hendaknya.. amin..

Anonymous said...

assalamualaikum....arap akk tabah untuk tempuh semua dugaan yg allah berikaN nie...saya kawan sekolah hafiz adik akk..dapat tahu berita nie pn dr dye...sy tmpng simpati dgn ape yg dah jd..smoga akk byk2 besaba ea...al-fatihah tuk adik ALANNA QISH......

Followers