Pic: credits to mama put.. Gambar ni mama put rakam masa saat2 terakhir adik berada di rumah..adik koma...dh 5 hari tak bangun-bangun....beberapa jam sebelum adik dijemput ilahi...Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Didalam koma...adik lihat....
Syurga itu sangat hebat...
Hebat dari apa yg mummy cakap...
Adik dah tak boleh nak tunggu lagi...
Sekarang juga adik nak pergi...
Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Suatu malam datang malaikat...
Adik merayu, adik dah tak larat....
Tolonglah ambil nyawa adik cepat...
Tapi kata'nya' sabarlah dulu...
kerana apabila sampai waktu..
Dia takkan pernah lewat...
Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Pagi tadi 'dia' datang lagi...
Masa hujan turun..membasah bumi..
Dia datang dengan senyuman..
Senyuman manis berserta kiasan...
Tanda adik dah tak berkesempatan..
Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Bila adik dah tiada nanti...
Bolehlah mummy dan daddy berehat lagi..
Kerana adik selama ini...
Sering membuat mummy menangis..
Tak henti-henti...
Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Bila mummy dan daddy leka tak nampak..
Adik bisik kat 'dia'...
Ambil lah sekarang kalau DIA nak...
Adik taknak mummy nanti ternampak-nampak...
Wajah adik yang sedang menanggung azab...
Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Masa semua tak sedar yang adik dah tiada...
Adik dah tak sakit..tak kejang...dan tak derita...
Alhamdulillah...Adik sihat-sihat saja...
Dan dalam erat pelukan malaikat..
Adik terus dibawa ke syurga...
Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Dari atas adik nampak mummy menangis kehilangan ..
Adik nampak daddy menangis ketakutan...
Adik nampak abang menangis kesunyian...
Dan adik nampak semua menangis keinsafan...
Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Adik nampak muka mummy pucat...
Adik nampak daddy peluk adik erat..
Adik nampak abang diam...
Dalam malam pekat...
Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Tiada lah lagi duka nestapa...
Lenyaplah segala sakit sengsara..
Buat mummy dan daddy kedua..
Teruskanlah kehidupan bertiga...
Seperti sediakala....
Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Adik akan sentiasa memerhati...
Setiap langkah mummy dan daddy..
Dan semua saudara sedarah ku nanti...
Ke Rumah kita...Di Syurga nanti....
Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Benda nih adik tak sempat cakap...
Tp adik malu nak ucap...
Ssshhhhh....
Adik amat sayang pada mummy,
Daddy dan...
Abang Nadime.....
Selamat Tinggal....Semua..
P/s- masa adik dah nak pergi tuh..mummy selalu bisik kat telinga adik... "adik, adik dah nak pergi yer...." " mummy redha..mummy dah halalkan air susu mummy.....kat sana adik boleh main2...boleh minum susu...boleh makan...boleh jalan..... jgn risau mummy kat sini yer....." -tp adik diam jer......mummy tahu adik dengar....
35 comments :
sungguh menyentuh perasaan...al fatihah
tersentuh hati keciL nieh...MUmmy teruskan ketabahan..redha dengan ketentuan DRNya.....
saya menangis lagi..T_T
salam...
semoga bidadari syurga tenang n bahagia dsna..sgt mnyentuh hati..
terus bertabah yer moga Allah telah ttpkn yg terbaik bt kalian sekelurga..amin..
Jika ica menangis membaca apa yang ayu coretkan, jadi tak dapat bayangkan berapa banyak air mata yang ayu titiskan untuk alanna. Sabar ye ayu.
syahdu sgt
*nanges baca n3 nie..
tabahkan hati ye dear sis..
speechless...sungguh menyentuh jiwa...al-fatihah buat alanna qish...amin
nangis lagi...rindu plak kat Alanna. Al fatihah
Terlalu menyentuh perasaan saya. Tak tertahan rasa rindu pada sang bidadari Alanna. Dapat saya merasai kerinduan dan kesepian mummy Alanna. :(. Klu saya di tempat mummy ntah dpt ntah kan tidak menanggung bebanan perasaan ini.
-Azura-

mummy,daddy & abang nak tahu tak...
adik tak nak mummy,daddy & abang selau menangis mengenangkan adik...
adik nak semua solat, doa dan sedekah ayat al-quran untuk adik..
adik menggu di sini hingga kita bersua nanti..
k ayu...sekadar menyambung entry ini
mnyentuh jiwa! sayu sgt!,......
aduhai..sedih sangat.. Alfatihah tu Allanna Qish.
mummy daddy nak tau tak,
yang kitaorg semua turut rindukan alanna..
turut merasakan kehilangan alanna
*semoga mummy daddy adik nun terus tabah
al-fatihah
speechless,,,sungguh menyentuh perasaan....rindu jg pada dik nun...
al-fatihah utk bidadari syurga yg comey.....
Very good one.... keep on writing. Al-Fatihah untuk Alanna Qish...
xtau nak ckp apa lg..airmata dah berjurai2 turun..Alfatihah untuk Alanna Qish.semoga berbahagia di sana.
Untuk Mummy dan Daddy Alanna...
Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)
Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)
Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.
Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.
Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"
Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.
Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.
Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

alfatihah buat alana..semoga ibu alana tabah menghadapi dugaan hebat ini..
& thx pada Aisya kerana perkongsian di atas..
tiapkali singgah disini,mesti sya nangis..nukilan yg sgt menyentuh hati..al-fatihah buat alanna
=( sedeynye.... jangan sedey2 k sys.. Semoga tenang Alanna di atas sana.. amin..
-al fatihah-
salam, saya visitor baru di sini, sangat menyentuh hati bila terbaca entry ini, semoga Alanna bahagia di sana, kita yang tinggal perlu kuatkan semangat.
-al fatihah-
salam dari,
miyaa.
i cant help myself from crying..me,myself bru misscarriage last week..rase mase tu berat sgt ujian yg Allah bg,n amik mase utk kuatkan semangat,tp bile bc kisah alanna,sy sgt kagum sbb mummy n daddy alanna sgt tabah dan kuat..alanna akan tnggu mummy n daddy di pintu syurga,beruntungnya kerana kalian antara golongna yg terpilih dan Allah syg..Al-Fatihah buat adik Alanna~
Al-Fatihah..sangat2 menyentuh perasaan..
sayang rindu buat adik
~dady~
sedih sgt bila baca ni... tak tahan air mata ni, tumpah jugak akhirnya..
semoga mummy n daddy serta family semua tabah..
al-fatihah.
salam buat ayh dan ibu yang bertuah dikurniakan bidadari syurga ini..sebak hati ana membaca blog ini.tanpa sedar hampir lima jam air mata ni menitis tanpa dapat ditahan-tahan lagi.al-fatihah buat bby Alanna.mungkin mudah untuk saya menuturkannya kerana bukan saya yang menerima ucapan takziah itu, tapi jauh dihati sanubari saya, kisah kamu sekeluarga menyedarkan saya untuk saling menyayangi dan mendekatkan diri kepada Rabbul Izzati...terima kasih~
menitis air mata ini lagi
speechless.....al-fatihah
alfatihah ~*
mama put rindu masa snap picture ni :-(
:'( sedih sangat baca blog ni. al-fatihah & takziah buat mummy sekeluarga.
saye tak tahu nak cakap mcm mane,but alanna story betol2 menyentuh perasaan keibuan saye...sabar ye mummy..al-fatihah untuk alanna sayang..
xtahu nak ckp mcm mane..sabar ye mummy..anak mummy sedang bergembire nun jauh di tempat yang indah disisinye....
menitis gak air mataku..
al fatihah , takziah buat keluarga..
Post a Comment