About Me

My Photo
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya

Monday, August 30, 2010

Dalam hati ada Taman...

Salam,

Alanna ku sayang...

Semalam.. lepas berbuka Ibu dan Ayah Nabila singgah di rumah kita,
Mummy ajak ibu minum-minum dulu sebelum balik..
Lagipun rindu sangat dengan ibu sebab dah lama tak jumpa...
Macam-macam yang kami bualkan...
Diantaranya mestilah pasal Alanna...

Ibu cakap, tak sangka baru kenal dengan mummy 5 bulan...
Tapi rasa macam teman sepermainan sedari kecil...:)))
Yerlah..persahabatan kalau ikhlas mesti akan direstui olehNYa..

Sedang kami borak-borak..
Ada seeorang ketuk pintu..
Atuk rumah sebelah...
Dia datang hantar kek...
Kek harijadi Elfira..
Harijadi cucu perempuannya...yang pertama..
Yang sebaya Alanna... dia lahir seminggu selepas Alanna...

Mummy dengan ibunya..
Sama-sama berpantang dahulu...
Mummy teringat kadang-kadang ada saja lauk org berpantang...
yang nenek dia hantarkan untuk mummy..
Dia kata alang2 dia masak n untuk anak dia..
dia masakkan sekali untuk mummy...:)

Dah setahun dah Elfira...
Last mummy lihat masa dia datang rumah jenguk Alanna sakit dulu...
Mak Elfira nangis-nangis bila dapat tahu Alanna sakit...
Mak Elfira nangis-nangis bila tengok Alanna diam seribu bahasa..
Mummy lagi nangis-nangis bila tengok Elfira dah pandai lompat-lompat dan ketawa...

Agaknya macam mana lah Elfira sekarang ni,
Mesti dah pandai berjalan...
Bestnya tak lama lagi dah nak raya...
Mesti Elfira pun dh beli baju raya..
Dapatlah mak dia tgok Elfira terkedek-kedek jalan pakai baju raya..
Elfira pastinya sudah pandai bersalaman...
Bukankah itu harapan semua ibu yang pernah melahirkan...?

Adik ingat tak dulu,
Selalu mummy dukung-dukung adik...berdiri tepi tingkap..
petang-petang....
Mummy selalu mengintai Elfira dari jauh...
Apabila Elfira datang untuk mandi manda di kolam bawah rumah kita...
Mummy nampak Elfira gembira sangat main air...
Sedangkan adik terbaring kaku jer dalam pelukan mummy..
Sungguh mummy sedih tak dapat nak bersama-sama adik..
untuk mengharungi detik2 yang indah seperti itu...
Lantas mummy terus isi air dalam basin penuh-penuh...
Mummy terus buka baju adik...
dan terus bawak adik mandi....
Mummy percik-percik air ke muka cengkung adik...
Mummy simbah-simbah air ke tubuh kurus adik...

Adik suka sangat kan..
Walaupun tangan adik tidak menepuk -nepuk air...
Walupun kaki adik tidak melonjak-lonjak...
Walaupun adik hanya diam membatu..
Tapi adik senyum...cukuplah sayang..
Itupun sudah memberi seribu erti buat mummy..

Adik apa lagi yang mummy belum sempat buat untuk adik??...
Mummy harap semuanya sudah terlaksana...
Selain Majlis Harijadi Adik yang pertama...

Hari tuh masa birthday adik kan..
Mummy pergi opis pakai shawl yang cantik..
Sampai kawan mummy tanya...
Cantiknya mummy ada apa-apa occasion ker?
Mummy jawab yer!!!!
Hari ini adalah 1st Birthday my late daughter...
Lepas tuh semua diam tak tahu nak cakap apa...
Pelik ke?


Oh cuma..daddy sering kali melafazkan kata kesal..
Kerana tak pernah sempat nak bawak adik ronda-ronda naik motorsikal...
Pom..Pom..(motor)  yang selalu diagung-agungkan oleh abang Nadime...
Kalu tak mesti adik sengih jer bila angin laju menyapu wajah adik...:))

Sengih yang kami masih tak lupa sampai ke hari ini...
Sengih yang ikhlas....dari dalam sanubari...

Adik, walaupun adik aneh...
Tapi kami tahu dalam hati adik ada sebuah Taman....




Al fatihah untukmu sayang...Amin.

Sunday, August 29, 2010

To whom it may concern....

I've found this...& yes i need to share...this is true..so true...incase u need to know.....:)
Although anonymous, the original writer of this was a woman.)

When my child has died, please...


Don’t ignore me because you are uncomfortable with the subject of death. It makes me wonder if what happened means nothing to you.

Acknowledge my pain, even if you think it shouldn’t be as great as it is... (because I’ve ‘only’ lost a baby or one of four!)

Losing a child is one of the most difficult experiences to face and the depth of my grief will shock even me as kit returns in waves. A tremendous number of emotional and physical hurts will come my way – please don’t minimise them.

Please be aware that holidays and anniversaries will be particularly difficult times.

If you invite me for lunch (or bring a meal around (and please do) in the midst of my grief, please expect to talk about my loss. It’s all I’m thinking about and I need to talk it out; small talk neither interests nor helps just now.

Please don’t change the subject if I start to cry. Tears and talking about it are the healthiest way for me to release my intense emotions.
Telling me that So-an-so’s situation must have been much worse won’t make mine easier. It only makes me feel you don’t understand or can’t acknowledge the extent of my pain.

Don’t expect that because my child is in heaven or ‘with God’ I shouldn’t be hurting. Even the most fervent believer in God would rather have their child with them. My arms ache to hold my child and I miss him or her so much.

Now is not the time to tell me about your own childbirth or child’s experiences...Or any other story about a baby...she can do this..she can do that. That baby is yours NOT MIND... And it reminds me in the most painful way of what I’m missing.


Don’t remind me that I’m so lucky to have other children. I am and I know it. But my pain is excruciating for this child; the others don’t take that pain away. Indeed, they can add to it because I’ve got to comfort them as well.

No matter how bad I look, please don’t say “You look terrible”. I feel like a total failure right now and I don’t need to hear that I look awful too.

Don’t devalue my experience or my child – the feelings of deprivation are so intense. A child who has never breathed is nonetheless missed so if I’ve ‘only’ miscarried or my child was stillborn don’t forget he was a very special, unique person.

Please don’t suggest my child can be replaced by my having more. Would you say “Don’t worry, there are plenty more fish in the sea,” to someone who had just lost their husband?

When you ask my husband how I’m doing – please don’t forget to ask him how he’s doing too. He has also lost his child. If you ignore his hurt it suggests that his pain doesn’t exist or doesn’t matter.

Thanxs...& Appreciated....:))

I hope u like it...

video
 Abang dgn Fav's toy... 'Adik nun'...

Salam,
Alanna Sayang...

Hari ni..mummy ada sumthing for u Alanna... I hope u like it...
dah lama mummy rancang nak tukar... tapi Mummy tunggu Birthday Alanna...
Sebagai hadiah untuk Alanna... Alanna dah setahun kan...:)

Ceria sikit bilik Alanna ni..huhu...
nih jer yang mummy mampu beri...
nak belikan doll.. Alanna xleh nak main...
nak belikan baju Alanna xleh nak pakai...
so mummy tukar lah skin blog jer...
atlist sumthing new for u kan sayang...

Hari2 mummy macam biasa jer..
Daddy pun sama..
cuma abang nadime jer yang makin sibuk...
tak tahu die sibuk buat apa...
sibuk jer memanjang...
kalau die diam tuh maknanya die tengah tidurlah tu..:)

Petang daddy ada recorded sumthing..
sumthing to remember..
Abang Nadime tengah busy main dgn Alanna...
memang setiap masa dia main dengan Alanna..
Kadang-kadang abang Nadime suruh mummy buatkan susu Alanna...
Kadang-kadang abang Nadime suruh mummy diam..katanya adik nak tidur..

Tapi mummy suka tengok abang Nadime macam tu...
Suka sangat-sangat...Mummy sentiasa rasa Alanna ada...
Kadang mummy lari-lari pergi dapur untuk buatkan susu Alanna..
Kadang-kadang mummy berlakon tukar lampin Alanna...
Kadang-kadang mummy berlakon,seolah2 Alanna ada..
Semua untuk abang Nadime..

Tapi mummy tak tahu..
Adakah ini betul atau salah...
Adakah ianya akan mengganggu pertumbuhan abang Nadime..
Adakah ianya akan meninggalkan kesan terhadap kehidupannya...
Ataupun sebaliknya...

Tapi untuk seketika waktu ini..biarlah kami sebegini dulu...
Kerana bukan mudah untuk melupakan sesuatu yang pernah menjadi milik kita dahulu...
Adakah waktu yang menjadi penentu?...atau waktu yang akan lebih menggandakan rindu...


Wallahuallam....

Sampai jumpa lagi sayang...
Al-fatihah untukmu..Amin.

Friday, August 27, 2010

Wish dari Abang....

Salam adik...

Petang 24/08 lepas.. abang ajak mummy pergi rumah adik nun... mummy dan daddy sememangnya berhajat nak pergi..nak hadiahkan adik Surah Yassin...di petang hari lahir adik yang pertama...

erm.. Frame kebuk kubur adik dah siap..daddy tempah dekat opis dia.. dh boleh pasang sebenarnya..tapi mummy sedang tunggu nesan adik yang masih perlu dibaiki sebab haritu..orang tuh salah ukir nama...kena tunggu lagi...:)

Abang tahu hari tuh hari jadi adik.. sepanjang dalam kereta dia ajak mummy dgn daddy nyanyi lagu "besday yu you.." untuk adik...Mummy rasa sayu bila tengok abang bahagia...:( pelik kan...??

Bila abang nampak ajer bukit Taman Rhaudah adik..
Abang menjerit..." adik nuuuuuuuun!!! Abang datang!!!!!"
huhu...

sampai2 ajer..tak payah diingatkan lagi...
abang terus ucapkan.."talameletom dik nun"
sayu hati mummy apabila melihat pertalian adik & abang yang terjalin..
walaupun abang sempat mengenali dik nun selama 10 bulan sahaja...:)

lebih sayu apabila tiba2 abang wish adik...

video




"tok! tok! dik nun..."
"samat ari jadi"
Adik dengar tak abang ucapkan " samat ari jadi "  tuh..???
Adik nun happy tak? dapat jumpa abang... adik tahu kan abang sayang adik...??
Jangan lupa doakan abang sihat yer... boleh jaga mummy bila mummy dah tua nanti...:)

Dalam perjalanan pulang... abang baring dekat mummy....abang tanya adik mana?
Mummy cakap adik nun dekat rumah jauh sana....
Abang diam...buat muka sedih...jer..

Mummy tanya abang..abang rindu adik ker? Abang angguk -angguk...
Mummy tanya lagi "Abang nak adik lagi ker?"

Abang jawab " Nak adik Anana Qis..."  :((

Maaf , Abang sungguh mummy tak dapat nak penuhi permintaan abang...
Mummy harap di suatu hari nanti..abang akan faham....:)
Abang jangan risau...adik ada tunggu kita...
Al-fatihah untuk adik kesayangan kita..Amin.

p/s- just utk ingatan..malam td kereta mummy kena pecah.. masa tengah buka puasa..
       dalam banyak2 barang tuh yang paling mummy sedih ... hard disk tempat simpan gambar adik hilang...
yang lain2 tu mummy tak kesah sgt...sebab perasaan hilang barang tuh  macam habuk je kalau nak dicomparekan dengan perasaan mummy yang pernah hilang adik...:(

Thursday, August 26, 2010

Kasihnya Ayah....

Salam,

Alanna anakku sayang,

Mummy ingin coretkan disini... kisah sedih yang telah mummy lalui...  sebak didada teringatkannya...

Ahad yang lepas.. sewaktu mummy sedang mengemas2 almari.. kerana almari itu sudah lama terbiar tunggang legang... sejak ketiadaan adik..mummy langsung hilang mood untuk membuat kerja-kerja rumah...walaupun ianya sesimple2 tugas... sungguh mummy tidak peduli... nasib baik daddy adik seoarang lelaki yang jenis memahami..

Sedang mummy asik melipat baju dan seluar daddy satu persatu.. tiba mummy ternampak sehelai seluar slack kelabu daddy yang masih baru..tergantung dan elok terletak di dalam beg sarung plastik...

Mumy keluarkan...kerana hairan mengapa daddy dah lama tak pakai seluar ni untuk ke pejabat..padahal seluar itu masih baru dan cantik... dan daddy  juga seringkali merungut kerana katanya seluar kerjanya tidak mencukupi...

Lalu mummy ambil dan keluarkannya dari plastik...ada beberapa kesan kotoran bertompokan di seluar itu... warna yang sekan kemerahan....macam tanah...

Lalu mummy bertanyakan pada dady.. mengapa seluar ini disimpan??...
Sedangkan ianya masih baru dan cantik...
dan mengapa daddy simpan seluar yang kotor??...
dan tidak menyuruh supaya mummy membasuhnya dulu...???
Geram dalam hati mummy ni... &^&*U66758##!!24456**7^77!!!!!

Daddy cuma berpaling dan berkata simpan saja seluar itu...
tapi mummy masih tidak puas hati...
"Tapi kenapa tak suruh i basuh dulu????"
"I cakap simpan-simpanlah....!!!"

Mummy binggung.... mummy diam ..mummy masih tak faham tujuan daddy... lalu mummy cuba untuk meneliti tompokan-tompokan itu...

Lantas...dada mummy berdebar-debar...apabila  dapat merungkai tompokan itu...
Ya Allah...kotoran itu datang dari tanah kubur adik...
dan tanah itu masih merah lagi... mengapa mummy tidak pernah cuba untuk memikirkannya sebelum ini...
sedihnya mummy...sampai begitu sekali... baju kurung yang mummy pakai masa kebumikan adik pun mummy dah siap basuh....... :(.. mummy terduduk.....

"daddy, daddy pakai suar nih masa kebumikan adik yer...??"
"nih tanah kubur adik yer..?" "kenapa tak cakap awal2??"
"tanah kubur adik kat sini..masih merah lagikan daddy??" 

"mummy, mummy simpan kan ajer seluar tuh baik2 yer..."
pesan daddy... dan pesanan daddy itu akan mummy pegang sampai bila2...
walaupun sampai daddy dah tiada nanti...
itupun kalau daddy yang tinggalkan mummy dulu.........................

itulah kasih daddy mu nak... 
mummy teringat kan lagu dulu-dulu...
Kasihnya Ibu...

Kasihnya ibu....membawa ke syurga...
.......................................................
Kasihnya Ayah..sanggupkah berpisah????
Kasihkan Anaknya..berkorban nyawa...


Memang dady sanggup berkorban nyawa sayang...
Tapi apakan daya daddy sayang..
dady tidak mampu...
kerana Adik telah sanggup berjanji untuk berkorban terlebih duhulu...
dan kerana tuhan lebih berhak menyayangimu...

Al-fatihah buatmu sayang..Amin...

Tuesday, August 24, 2010

Selamat hari lahir Alanna.

video

Selamat hari lahir sayang... tak terucap dengan kata-kata dan tidak tergambar dengan perasaan apabila tarikh ini menjelma...
Alangkah indahnya jika hari ini adalah setahun yang lepas...
dan mummy juga tidak akan menolak jika mummy diberi peluang untuk melahirkan Alanna buat yang ke1000 kali lagi.... walaupun mummy terpaksa berhadapan dengan kematian Alanna untuk seribu kali lagi jua...kerana hidup ini tak ubah seperti mimpi...

Before U was conceived i wanted u..
Before u was born i loved u..
Before u was an hour i would die for u..
Before u go..i miss u....
And today i've nothing to say...
I just wanna wish u "Happy 1st Birthday"....
To my Dearest, Alanna Qish Sayang...

Selamat Hari Lahir Sayang Alanna Qish (AQ)

Adik..

Selamat hari lahir adik yang pertama yang tak sempat adik raikan bersama kami..hanya kami bertiga meraikannya di sini..harap bidadari-bidadari syurga yang menjaga adik disana menyambut hari lahir adik dengan penuh kasih sayang sebagai pengganti kami..dady,mumy dan abang nadim hanya dapat menghadiahkan Yasin dan Fatihah di pusara adik petang tadi sebelum waktu berbuka..amat jelas terpancar di wajah abang nadim yang merindukan adik..semoga adik bahagia dan gembira disana..

Wajahmu... seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu mengapa sering terbayang di mataku
Sehingga terbawa di dalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta yang suci
Kau bunga ingin kusunting mu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya... harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Oh... Kau pergi jua
Setelah cintaku kini membara
Belum sempat kucurahkah kasihku
Kau pergi tak kembali

dady terdengar lagu ni kat HotFM ptg td, Dayang nyanyi..dady teringatkan adik..:(

Salam sayang buat Alanna Qish (24Aug2009-5June2010) Al-Fatihah.

~Dady..

Monday, August 23, 2010

Just another photo of u...

Salam Alanna ku Sayang...

Alanna masih ingat tak Acik Nurul??

Jiran kita...jiran dapur mummy...
Acik Nurul yang baik hati tu...Acik Nurul yang cantik...
Dah lama mummy tak pergi jalan2 rumah acik Nurul...
Mummy rasa tak sampai hati nak pergi...
Mungkin banyak kenangan Alanna kat rumah dia...

Dulukan mummy selalu bawak Alanna dengan abang singgah kat rumah acik Nurul..
Alanna ingat tak masa bulan puasa tahun lepas...Alanna lahir...
Masa dalam pantang..Acik nurul selalu pinjam Alanna....
Dia selalu bawak Alanna balik rumah dia.. untuk main dengan anak2 dia...
Acik Nurul suka baby...

Masa dalam pantang...
Acik Nurul lah yang selalu jaga Alanna...
tengok-tengokkan Alanna...

3 hari berturut-turut...
Kalau mummy nak kena berurut...
Acik Nurul akan datang pagi-pagi untuk ambil Alanna...
Kadang2 lepas mummy habis berurut pun..
Acik Nurul masih tak hantar2 Alanna lagi..
huhuhu....Sayang betul Acik Nurul pada Alanna...




Alanna ingat tak?
Acik Nurul ada hadiahkan Alanna satu gaun kuning kan??
Gaun yang Alanna pakai dlm gambar yang cantik tuh...
Gaun tuh Acik Nurul beli..untuk Alanna pakai masa Raya tahun lepas..
Cantik sangat Alanna pakai gaun tuh...
Macam puteri raja...

Petang semalam..
masa mummy tengah bersiap nak pergi berbuka di rumah mak Ngah..
Acik Nurul datang ketuk pintu...
Acik Nurul beri suatu kepada mummy...
Acik nurul bagi CD...

Acik nurul tanya mummy sihat tak? mummy jawab ok - ok jer...:)
Acik Nurul nampak sedih...Acik Nurul nampak hambar...
Sejak adik pergi...Acik nurul selalu berhati-hati apabila nak berkata-kata sesuatu dengan mummy...
Mungkin Acik nurul takut jika kata-katanya akan membuat mummy tersinggung...
Mummy pun macam tak tahu nak cakap apa dengan Acik Nurul....
Acik Nurul kata dalam Cd nih ada gambar Alanna...
Yang sempat dia ambil untuk kenang-kenangan...
Gambar Alanna dengan anak-anak dia....:(
Yang sekarang..memang dah jadi satu kenangan pun...
kenangan yan terindah...






Mummy terdiam...
Mummy hanya mampu menghadiahkan senyuman yg paling manis utk Acik Nurul...
Mummy tak tahu nak cakap apa...mummy kelu...
Selalunya banyak saja untuk diperkatakan...
Mummy ucap terima kasih jer....
Dalam hati mummy nih tuhan ajer yang tahu....
Masa daddy pasang Cd tuh..mummy tak dapat menahan sebak lagi..
Mummy menangis...mummy rasa mcm dah tiada hati...
Hati mummy kering...
Mummy sedih lihat wajah Alanna dalam gambar tuh..
Alanna seakan tahu rahsia yang bakal terjadi...
Kenapa Alanna tidak cuba untuk memberitahu mummy...???

Dari gambar itu mummy nampak...tanda-tandanya..
Tanda Alanna mempunyai sesuatu...yang Alanna rahsiakan..
Mummy sedar yang Alanna tak boleh nak fokus pada kamera...
Leher Alanna seakan dikunci...Alanna tak mampu untuk pandang depan lagi...
Alanna hanya suka pandang sebelah arah sahaja..
Tapi bila Acik Nurul beralih ke tepi...
Dan Alanna ternampak kamera..
Alanna senyum sampai ke mata...:)))

Dalam diri ini menyalahkan...
Kenapa mummy Alanna sendiri tidak perasan..
Akan terjadinya perubahan...
Anak yang dikandung 9 bulan...

Kenapa dalam dunia nih penuh dengan kenangan bersama Alanna....???
Dimana-mana sahaja... ada sahaja bayangan Alanna...
Dan bayangan itu tak henti-mengejar mummy....
Mummy rasa sakit dengan semua bayangan itu...
Mummy benci bayangan..bayangan tidak menghapuskan perasaan rindu mummy ini...
Sebaliknya, bayangan lah yang semakin hari semakin menyesakkan dada...

Mummy rasa bersalah tidak selalu menghubungi Acik Nurul...
Alasan mummy sibuk... Entahlah...sorry Nurul...
Mummy sangkakan acik Nurul sibuk dengan urusan seharian..
Macam mummy...macam semua orang...
Lebih menusuk kalbu..
Acik Nurul tengah sarat mengandungkan seorang baby girl...
Lepas mummy lahirkan Alanna dulu...
Perasaan acik Nurul untuk mendapat baby membuak-buak...
Macam perasaan mummy sekarang....(tapi mummy sangat takut....sangat-sangat takut...)
dan tak lama lagi ...acik Nurul bakal melahirkan...
mungkin selepas raya....

Dan yang pastinya perasaan mummy terhadap mana2 newborn ibu-ibu lain kali ini......
akan berlainan....tak dapat nak diungkapkan..
Samaada mummy akan tumpang gembira atau tumpang bersedih???
sebab setiap kali mummy lihat baby... mummy akan ternampak2 Alanna....
Alanna mummy dulu yang montel... yang naif...
Alanna yang manja....

Mummy terfikir..kenapa Alanna dipinjamkan sebentar sahaja...
Kenapa mummy dibiarkan melihat Alanna menderita....
Kenapa Alanna direntap begitu sahaja...
Kenapa Alanna datang jika Alanna akhirya akan membuat mummy sengsara...
dan mummy tiada jawapannya....


lalu mummy anggap...
takdir yang telah menentukannya....

Rukun Iman ke-enam...
Beriman kepada Qada dan Qadar...









PICTURES OF YOU
I`m taking your pictures off my walls
It`s not because I don`t love you all
It breaks my heart I hope you see
Because you all mean so much to me
I just can`t keep them dusted and clean
So in an album they will have to be
My walls are covered with your lives
So this really hurts me deep inside
When you see my walls so bare
Please remember it`s because I care
Dust on your face I can`t bare to see
But for awhile it will have to be
I`ve always treasured my pictures so
It`s been my way to watch you grow
When I`m alone and so very blue
They were here to help me through
I get depressed when I see the dust
On the faces that I love so much
So I pray to God you understand
As I keep my albums close at hand
So I ask the Lord to help me through
As I put away all my Pictures of You
Written By Thelma Shutters

Friday, August 20, 2010

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?

Pic: credits to mama put.. Gambar ni mama put rakam masa saat2 terakhir adik berada di rumah..adik koma...dh 5 hari tak bangun-bangun....beberapa jam sebelum adik dijemput ilahi...


Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Didalam koma...adik lihat....
Syurga itu sangat hebat...
Hebat dari apa yg mummy cakap...
Adik dah tak boleh nak tunggu lagi...
Sekarang juga adik nak pergi...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Suatu malam datang malaikat...
Adik merayu, adik dah tak larat....
Tolonglah ambil nyawa adik cepat...
Tapi kata'nya' sabarlah dulu...
kerana apabila sampai waktu..
Dia takkan pernah lewat...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Pagi tadi 'dia' datang lagi...
Masa hujan turun..membasah bumi..
Dia datang dengan senyuman..
Senyuman manis berserta kiasan...
Tanda adik dah tak berkesempatan..

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Bila adik dah tiada nanti...
Bolehlah mummy dan daddy berehat lagi..
Kerana adik selama ini...
Sering membuat mummy menangis..
Tak henti-henti...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Bila mummy dan daddy leka tak nampak..
Adik bisik kat 'dia'...
Ambil lah sekarang kalau DIA nak...
Adik taknak mummy nanti ternampak-nampak...
Wajah adik yang sedang menanggung azab...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Masa semua tak sedar yang adik dah tiada...
Adik dah tak sakit..tak kejang...dan tak derita...
Alhamdulillah...Adik sihat-sihat saja...
Dan dalam erat pelukan malaikat..
Adik terus dibawa ke syurga...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Dari atas adik nampak mummy menangis kehilangan ..
Adik nampak daddy menangis ketakutan...
Adik nampak abang menangis kesunyian...
Dan adik nampak semua menangis keinsafan...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Adik nampak muka mummy pucat...
Adik nampak daddy peluk adik erat..
Adik nampak abang diam...
Dalam malam pekat...

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Tiada lah lagi duka nestapa...
Lenyaplah segala sakit sengsara..
Buat mummy dan daddy kedua..
Teruskanlah kehidupan bertiga...
Seperti sediakala....

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Adik akan sentiasa memerhati...
Setiap langkah mummy dan daddy..
Dan semua saudara sedarah ku nanti...
Ke Rumah kita...Di Syurga nanti....

Mummy, Daddy dan abang nak tahu tak?
Benda nih adik tak sempat cakap...
Tp adik malu nak ucap...
Ssshhhhh....
Adik amat sayang pada mummy,
Daddy dan...
Abang Nadime.....

Selamat Tinggal....Semua..


P/s- masa adik dah nak pergi tuh..mummy selalu bisik kat telinga adik... "adik, adik dah nak pergi yer...." " mummy redha..mummy dah halalkan air susu mummy.....kat sana adik boleh main2...boleh minum susu...boleh makan...boleh jalan..... jgn risau mummy kat sini yer....." -tp adik diam jer......mummy tahu adik dengar....







Thursday, August 19, 2010

Patah yang tak pernah tumbuh.......


How do people make it through life without a sister?
~Sara Corpening

Patah yang tak pernah tumbuh.......
Hilang yang tak pernah berganti....
Satu-satunya Alanna Qish....
adik nunku yang telah pergi...

Namun masih ada Alisya Qaireen...
yang sudi untuk disayangi...
yang sudi untuk di kasihi...
Yang sudi untuk di mengerti...

Alanna Qish...
Alisya Qaireen...
Secara terkebetulan...
Mempunyai persamaan...
Dari sayu renungan...
Tertulis sebuah persuratan...

Tiap kali abang memandangmu...
Hati abang jadi sayu..
Mengingatkan aku....
Tentang adik nun ku...
Liuk lentokmu...
menguji kerinduanku...

Kau sungguh sempurna...
terlalu indah dimata...
Kau sungguh hakiki..
terlalu suci di hati...

Kau tercipta...
untuk tidak ternoda...
dari segala...
dendam dunia...

Lenalah sayang...
kerana dalam lena kita akan bertemu...
dan berpimpinan tangan......
bersama-sama adikku..
yang telah pergi dahulu..

Yang terlalu aku rindukan...

p/s- dari sinar mata abang..mummy tahu abang nak sampaikan ini...setiap kali memandang Alisya anak ummi.. anak abbi....anak kami....




Tuesday, August 17, 2010

Semua sebab Adik...


Salam adik...

Memang manis anak mummy ni pakai baju kurung... sebijik macam yg selalu mummy angan-angankan..:)
Sejak dua menjak ni..lebih2 lagi di bulan Ramadhan ni..mummy suka sgt dgr CD lagu Zikir Selawat Siti..
Tenangnya rasa.... kadang-kadang sampai boleh mengalirkan air mata kerana mummy terlalu menghayatinya...:P
Sebab Adik kan suka2 lagu2 Siti ni...kalau dengar mesti ingat adik...masih terasa mcm tengah dodoikan adik...
Kalu dulu asiklah terkinja2 dengar lagu Agnes Monica ..dgn lagu Rihanna...:P
SEMUA SEBAB ADIK.....:)))

Ya Rasullulah :

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
tErimalah kami sebagai umatmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
kurniakanlah syafaatmu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu


Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
tErimalah kami sebagai umatmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
kurniakanlah syafaatmu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim


Adik..Mummy tak pernah dapat berjumpa dgn Rasullullah...
tapi lepas dengar lagu nih banyak kali..
mummy rasa rindu sangat pada Rasulullah..
Ramadhan kali ini walaupun tidak segembira dulu...
namun mummy rasa lebih tenang...lebih tenang dari dulu...

Adik tolong mummy yer...adik dah jumpa rasullullah ker??
kalau dah...adik tolong sampaikan salam mummy pada Rasulullah yer....:)

Terima Kasih Adik...Al-Fatihah buat adik yang mummy sayang ...dan tak lupa buat Baginda Rasulullah....yang kita semua rindu dan sayang....:)

Amin.

Friday, August 13, 2010

Malam pertama tanpa Alanna...


Alanna Qish
Chapter:2
Day 1

Salam...

Sengaja mummy mengimbau kenangan setahun yang lalu... Belum lagi puas menyambut kedatangan Alanna sedari pagi tadi... Alanna yang lahir pukul 8.30 pg tadi hanya sempat berada bersama-sama mummy selama 10 jam sahaja...

Setelah semua saudara mara dan sahabat handai pulang... lebih kurang dalam pukul 7 malam... mummy cuba untuk menyusukan Alanna...yang dari tadi asyik merengek..lapar agaknya... susu mummy pula lambat nak keluar..
Aduhai apalah daya mummy...selain terus memerah-merah agar haus Alanna dapat di usaikan...
Namun Alanna masih lagi merengek...

Nurse datang bertanya..kenapalah Alanna dari tadi asyik menangis yer...
"lapar agaknya...susu tak keluar..." balas mummy bersahaja...

"sakit perut ke...ibu dah sapu2 kan minyak semua??" tanya nurse lagi..
"dah..semua dah"...

"susu tak keluar yer..kalau macam tuh.. saya akan bawak Alanna pergi menyusu dengan susu bantuan dulu yer... takut dia lapar.. ibu cuba perah-perah yer..." baik sungguh hati nurse yang seorang ni...

itulah kali terakhir mummy pangku Alanna hari itu... Alanna di bawa pergi... tinggal mummy keseorangan di ward...mummy cuba berbaring dan berehat...baru sebentar Alanna di bawa pergi mummy dah rindukan anak mummy..Mummy setia menunggu Alanna pulang...

Lama mummy tunggu Alanna... tapi yang kembali hanya nurse tadi..Alanna tiada...

"ibu..anak ibu kami tahan di NICU dulu yer malam ni..sebab doktor tak puas hatilah.. anak ibu poor sucking...tak kuat mengisap..." terang nurse tadi

"poor sucking?" "kenapa??.." masalah tu series ker??" kenapa sampai masuk NICU"
-macam-macam yang mummy tanya..sampailah mummy puas hati...

"tunggu doktor observe 1 malam dulu..."
"anak ibu akan tidur di NICU..jangan risau ada doktor pakar yang jaga"
"nanti apa-apa doktor akan bagitahu..."
"takpelah mummy restlah dulu...amik kesempatan nih untuk restkan badan yer...."

mummy nak ckp apa lgkan??... mesti mummy sedih kan. anak yang baru kita teran terpaksa tidur berasingan dengan kita di malam pertama dia tiba di dunia ini... dah sembilan bulan sepuluh hari tunggu nak tidur berdua... last2 kena tunggu sehari lagi...

mummy pun....sapu minyak panas di kaki...pakai stokin... mummy cuba untuk baring...
mummy baring atas lengan sendiri... mummy rindu adik... mummy berdoa agar adik tak apa-apa... dalam kepala mummy memang tak syak apa-apa...sikit pun tak pernah terlintas Alanna mengidap sakit apa2.. Alanna nampak sihat... Mummy tak nak fikir yang bukan2..
pada mummy "poor sucking" itu adalah hal biasa..sebab biasalah newborn mesti masih tak pandai hisap kuat lagi... lebih2 lagi anak perempuan... kan sopan santun...

Mata mummy terkebil2 dari td... sesekali mummy terlena... dan mummy sering terjaga bila terganggu dek bunyi tangisan bayi2 di katil2 sebelah...ibu-ibu yang lain sibuk menjaga dan menyusukan bayi2 mereka...

Tapi Alanna mummy tiada....sakitnya rindu itu mengatasi sakitnya jahit di peranakan..
sakitnya rindu itu mengatasi segalanya...Mummy tak sabar nak tunggu hari esok..kalau boleh mummy nak berlari ke ICU.. nak tengok Alanna... kesian Alanna tidur seorang... :(

Alanna, hari pertama saja kita sudah berjauhan... dan mummy tidak pernah menyangka suatu hari nanti...kita akan berjauhan untuk selamanya.....

dan hari itu telah tiba... hari ini..malam ini...sekali lagi kita berjauhan dan yang pasti kita tidak akan pernah dapat lagi untuk tidur bersama-sama.......

Anugerah Ramadhan...Marhabban..Ya Nurul Aini....

Salam adik...

Adik... Mummy tak tahulah sejauh mana kebenaran tentang kepulangan adik yang mummy baca di internet... sebab mmg ada sesetengah artikel yang mummy jumpa ada juga menyatakan bahawa tiada 'roh' yang pulang semula ke dunia... Roh adalah urusan tuhan dan tiada sesiapa yang tahu tentangnya...Hanya tuhan saja yang mengetahui apa yang tersembunyi tentang dunia 'roh'..

Namun.. sejak Ramadhan muncul..sudah 2 kali berturut2 adik hadir dlm mimpi mummy..Dan kehadiran buat yang kedua kali ...malam tadi...cukup memberi kesan yang mendalam dalam jiwa mummy... adik hadir di waktu sepertiga malam.. Mummy nampak adik tidur disisi 'mama' (babysitter adik) ... sungguh tenang sekali wajah adik.. lebih jelas dari wajah adik ketika duduk dalam kereta... adik tidur nyenyak.. mulut terbuka... bibir adik merah delima... wajah adik suci bagaikan Nur...

Tapi mummy tidak mahu kejutkan adik.. kerana adik betul2 lelap... mummy hanya merenung adik..yang melucukan adik tertidur dgn 'chocolate melt' di tangan...
Sedihnya mummy kerana pasti dulu adik kempunan sangat nak makan chocolate dunia..:(
sekarang dah dapat makan sampai tertidur yer....
muahahahahahha... terubat rindu mummy untuk yang kesekian kalinya...

Tapi akhirnya mummy terjaga...sungguh sepi malam tadi.. hanya ada bunyi nafas daddy dan abang Nadime yang sedang lena...Dalam sayup2 cahaya mummy seperti terasa akan kehadiran adik...begitu dekat sehingga akhirnya mummy tak dapat nak membendung perasaan ini lagi... mummy menangis semahu-mahunya... kerna tidak ketemu mana pintuMu..untuk ku seru rasa rinduku....

Adik seperti pulang untuk meraikan sesuatu kan...Lantas dalam tahhajud mummy bersujud...mengucapkan syukur pada Allah yang Maha Mendengar..Dan mummy hadiahkan Yassin yang paling indah buat adik di hari lahir yang pertama ini..Sungguh syahdu sekali... teruslah bersama mummy adik..doakanlah mummy agar mendapat ketenangan dan kedamaian dariNya..

Selamat Hari Lahir Sayang....Selamat hari lahir Yang pertama...


Marhabban..Ya Nurul Aini....

Alanna Qish...fresh dari rahim seorang ibu
3 Ramadhan / 24hb ogos 2009
8.30am
2.7kg


Mummy mula sakit pukul 5 pagi... waktu semua umat islam bersahur...
Dalam labour room..mummy menangis...sampai nurse pun marah...sampai hati.. xperlah dik mummy tak amik hati pun.... doktor datang pecahkan ketuban.. doc cakap adik dah berak.. tp doc tak ckp ianya serius...dlm hati mummy tak lepas baca
" Subhanakka inni kuntu minazzolimin..."

Tiba2 mummy rasa sakit sangat... mummy teran sekali..adik tak keluar...sakitnya..mummy menjerit..
Kali kedua mummy rasa sakit sangat mummy push..tiba2 mummy dgr adik menangis...:((
Adik lahir ke bumi Allah ini pada pukul 8.30 pagi Isnin bersamaan 3 ramadhan..
Bermulalah kisah suka dan duka ... dalam hidup adik..dalam hidup mummy, daddy dan abang Nadime...Kisah hidup adik didalam 'chapter' yang kedua..iaitu kehidupan adik di dunia....setelah adik tinggalkan 'chapter' yang pertama...dunia adik di dalam perut mummy :).... Tapi adik kini telah jauh tinggalkan mummy...adik terlebih dahulu masuk ke 'chapter 3'.... :(

Terdengar-dengar akan tangisan adik yang pertama..Sedihnya..bunyi yg mummy amat rindukan saat ini...mummy amat rindukan tangisan adik...Senangnya melahirkan bidadari syurga Allah ini... mummy sakit tak lama... dlm 3 jam jer.. mummy peluk adik..adik kecik jer.. mummy tak perasan wajah adik lg..mummy letih...

Adik kedatangan adik bukan sahaja membawa sinar dlm hidup kami malah telah memberi 1001 pengertian yg amat mendalam..Terima kasih adik kerana sudi hadir, walaupun hanya untuk sementara.

Izinkanlah mummy abadikan kenangan-kenangan indah bersama adik hingga akhir hayat mummy di dunia ini..Mummy bersyukur kerana Allah bukan sahaja telah memberikan adik untuk mummy disini..tapi Allah juga telah memberikan adik untuk mummy apabila 'disana' nanti...sampai jumpa lagi anakku..

Selamat hari lahir sayang....
main elok2.. jangan nakal2 yer sayang...

Terimalah Al-fatihah yang paling indah sekali mummy bacakan ...buat adik yg mummy sayang.............Amin.


video
Abaikan mummy yang gemok...:)

Thursday, August 12, 2010

Hadir..

Salam..

Pagi tadi mummy bersiap nak pergi kerja... mummy pakai baju kurung cantik sangat... mummy tak pernah lagi pakai baju tu..warna hijau bunga-bunga... dah siap bertudung... mummy pun ambil kunci kereta..

Lepas tu..mummy bawak anak2 mummy... masuk kereta... Abang Nadime lasak sungguh.. dari depan terus ke belakang.. lompat sana lompat sini... tapi yang sorang lagi ni... behave jer... dah pandai duduk yer... duduk sendiri yer.. sejak bila pandai duduk ni?? mummy tak tahu pun...:) tak yah mummy pegang dah.. dia duduk kat sebelah mummy... senyum jer tengok mummy drive... asik renung mummy jer..macam dah lama tak nampak mummy yer... kecik tonet jer... halus jer... senyum je dia... suka yer nak pergi jalan-jalan...

Mummy sempat pesan..duduk elok2 yer..mummy nak drive ni..daddy xde..kit apergi amik daddy kat bus stop yer... Lepas tuh mummy buka radio....mummy dgr lagu...

Pastu kan.. mummy terjaga... dek bunyi ringtone alarm phone daddy...Alahai..tak bestnya...

Rupanya mummy mimpilah..... mummy mimpi ADIK NUN...mummy mimpi ALANNA QISH... mummy mimpi anak mummy yg mummy rindu sangat-sangat....kalu mummy tahu mummy sedang mimpi...mummy mesti dah ambil adik dukung adik..cium adik ..peluk adik.. tidurkan adik...nyanyikan adik...

Sedihnya bila tahu tu mimpi....jumpa adik dlm mimpi jer... tp takpelah mummy redha.. sebab mummy tahu...menangis air mata darah sekalipun mummy takkan dapat jumpa dan peluk adik lagi...... Mummy bersyukur pada tuhan kerana mendengar doa dan rintihan mummy selama ini....Terima kasih Alanna, sayang kerana sudi hadir walaupun untuk sesaat............:)





p/s- bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!


“What is the opposite of two? A lonely me, a lonely you.”

Dah lama tak tidur 1 selimut dengan Alanna....pastu mimpi best-best... sekarang nih bukan setakat mimpi jer tak best...bila bangun tido pun lagilah tak best....sebab Alanna xde...adik...malam nih adik datang lg yer...:)

Wednesday, August 11, 2010

Kepulangan Anakanda Bidadari...




Tidak ada daun yang gugur..yang tidak diketahuiNya...(6.39)...

Salam..

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahn mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.


Setiap kali berkesempatan...
Mummy kan duduk dan berangankan...

Akan terasa adik menjelma..
Tapi tak pernah bersua di mata..

Biarlah dikata mummy tak waras...
Teruslah berkata sampai kau malas...

Adiklah sebab mummy meluahkan...
Tak pernah kelu untuk melafazkan...

Adiklah sumber segala inspirasi...
Walau sekadar halusinasi...

Telah dikota apa yg Dijanjikan...
Muncullah Ramadhan...berserta 'kepulangan'...

Setelah tahu adik kan pulang..
Hati yang rindu jadi tak keruan...

Diiringi pelangi adik menuruni...
Lembah yg tinggi syurga nan abadi...

Lihatlah!!! Jasadmu terpelihara baik...
Seperti wajahmu yang makin syantik...:)

Takkan kau lupa jalan ke rumah...
kerna disitu terukir sejarah...

Sesekali lihatlah dalam almari...
Baju duniamu.. masih menanti...

Apa yang pasti akan bertaburan...
Lukisan 'adik nun' oleh abang yg kerinduan...

Jangan dicari puting mu lagi...
bukan dirumah, dlm beg daddy...

Daddy kan bawa kemana pergi...
Mengubat rindunya pada sang puteri...

Telah semalaman mummy menunggu..
Kuutus doa tak jemu-jemu..

Mengapa masih tidak ketemu...
Walaupun kita berselisih bahu..

Mungkin masih terlalu awal..
Namun rinduku makin menebal...

Seperti ku mahu menghentikan waktu..
Agar dikau selalu disisiku..

Tapi ku tahu siapalah aku...
Sekadar hamba Allah yang satu..

Ku doakan agar Ramadhan berpanjangan...
Walau ianya kekal sebulan...

hanya satu yang mummy minta..
Tiada dua dan tiada tiga..

Harap kau sudi, singgah sekali...
Dalam dakapan milikmu ini..

Tidurlah nyenyak..semahu hati..
Walau sekadar..tetamu mimpi...

Datang bertandang setahun sekali...
untuk kenangan seribu tahun lagi...

Al-fatihah Buat Alanna yang mummy sayang...






p/s- Mummy tunggu Alanna!!! Take ur time...:)

Tuesday, August 10, 2010

Pelangi petang

Mumy : Dady..kalau adik ada mesti dia comel kan..terkedek-kedek lari sana sini..
Dady..kalo adik ada..mesti dia main dgn abg nadim kan..mesti mulut dia riuh mcm abang gak..
Nadim : Dady..adik nun ane...adik nun kat rumah dia..nape tak bawak adik nun..
Dady..cuba tenok ni..abg ladim tuyis..cantik tak..gambar adik nun..
Dady..jangan bising..adik nun nak tido..

Alanna..hidup kami sememangnya sudah berubah sejak alanna pergi..semua soalan tadi keluar dari mulut mumy..dari mulut abang nadim..setiap hari..setiap masa..dan sememangnya dady lemah..dady tak terdaya..dady tak termampu nak jawap semua soalan itu..dady hanya diam dan menangis dalam hati..memang apa saja aktiviti harian kami akan dikaitkan dengan alanna..

Mumy
: dady rindukan adik tak..dady sayang adik tak
Soalan dari mumy yang agak tak waras..hehehe..tp dady tak jawap..mcm biasa dady akan diam je..
Dady xpernah tersenyum seperti dulu..dady xpernah berjenaka seperti kebiasaannya..yang ada hanya lakonan.berlakon semata-mata..pada zahirnya..tp pada hakikatnya fikiran dady sentiasa melayang..bayangan dady sentiasa bersama alanna..sentiasa teringatkan alanna..sentiasa rindukan alanna..dady tahu semuanya takkan berakhir..alanna..datanglah kembali walau sesaat..itu sudah cukup untuk seribu tahun..dady xpernah mengharapkan alanna datang dalam mimpi dady kerana dady tahu alanna akan datang juga suatu hari nanti..mungkin lambat sikit..kerana mungkin pada ketika ini alanna baru merangkak ataupun baru bertatih..sebab tu lambat sikit..:)
Tapi pernah sekali dady bermimpi terjumpa puting kesayangan alanna..dan dady menangis sekuat hatinya....

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Ramadan menjelma lagi..selamat menyambut Ramadan sayang..setahun yang lalu pada 3 Ramadan..Alanna datang pada dady,mumy dan abg nadim..tapi pada ramadan kali ini..alanna hanya tinggal kenangan..
dady sempat sekali berpuasa bersama alanna.dady sempat sekali berzakat fitrah untuk alanna..dady sempat sekali berhari-raya bersama alanna..cukuplah sebagai kenangan..memori yang cukup indah dan berbunga-bunga dihati dady..tak terasa saat yang berlalu..bagai pelangi petang..kau pergi jua..

Mumy : dady..raya ni alanna dah setahun.mesti dia dah pandai jalan..xsabarnya nak pakaikan dia baju kurung..mesti comel..jalan dgn abang nadim..
Dady ingat kata-kata dari mumy setahun yang lepas..ketika alanna baru berusia 2-3bulan..tapi sekarang..waktunya telah tiba..namun bidadarinya..telah pergi buat selamanya..


~Dady~

Thursday, August 5, 2010

Bunga Ogos....


Salam...Bungaku,

...Alanna Qish...

Ogos kau datang...
September kau tertawa riang...

Oktober kau berkembang mekar...
November kelopak-kelopakmu tegar...

Disember kau megah menguntum...
Januari kau terpuji mengharum...

Februari kau telah diuji...
Mac kau penuh berduri...

April kau layu tersungkur...
Mei kau pasrah menggugur...

Jun kau harus pergi...
Julai kau tak pernah kembali...

dan kini....

Ogos telah menjelma lagi...
Ogos -Ogos yang akan suram...tanpa bungaku disisi...


.Al-Fatihah.






Tuesday, August 3, 2010

Cubit Peha Kanan.....

Salam..

Adik... semalam mummy terlihat iklan suntingan "Bersamamu"... hati mummy tersentuh dalam.. dan pagi tadi sekali lagi hati mummy tersentuh melihat satu video: -Buatku-menangis-lagi- di blog ibu Nabilla...kawan adik dulu...dan kali ini sentuhannya lebih tajam dan menikam...

Video yang menceritakan pengalaman seorang ibu tua membesarkan seoarang anaknya yang mengidap Cerebral Palsy...sungguh meruntun dan mencabar jiwa yang kecil ini...hati mummy tertanya dimanakah Sang ayahnya????
Yang sepatutnya menjadi tunggak utama..dimana dari 'mani' dialah terciptanya hamba Allah yang Seistimewa ini...tapi biarlah ianya menjadi satu persoalan....

Sebagaimana hati mummy tercabar suatu ketika dulu...mummy juga pernah cuba untuk membayangkan bagaimanakah keadaanya suatu hari nanti apabila mummy harus berhadapan dengan keadaan adik yang tidak berdaya untuk melakukan apa-apa.Dan hanya terbaring di sudut yang malap itu.Menitis airmata mummy setiap kali membayangkannya.. mummy terbayangkan beratnya ujian yang diberikan olehNYa pada mummy sedari adik jatuh sakit..sehingga entah bila... dan bila tidak pernah mummy ketahui...

Sesungguhnya,tiada perasaan lain selain perasaan yang paling indah sewaktu ditimpa ujian berat adalah apabila membenarkan hati yang kecil ini membisikkan kata IKHLAS dan REDHA..keatas apa jua yang ditakdirkannya.Setelah melafazkan Aku REDHA... maka, secara tiba-tiba jantung yang berkencang td akan tenang dan berdetik perlahan...

Setiap insan yang ditakdirkan menjadi IBU adalah sebenarnya manusia biasa yang lemah dan bukan malaikat. Dan pastinya wujud keluhan,sesalan mahupun pemberontakan jiwa setiap kali dirinya diuji...dan ujian itu seringkali bukanlah disebabkan kepayahan menjaga anak istimewa ini... tapi adalah kerana dia seorang ibu dan tidak sanggup melihat anaknya terseksa dan menderita. Melihat anak yang tidak berdaya..sakit dan terseksa...adalah lebih sakit dari menghiris daging di peha sendiri...sehingga sanggup seorang ibu itu mendoakan agar tamatkan sajalah penderitaan itu walau
dengan apa cara sekalipun...dan jika itu yang terbaik buat anaknya, dia Redha.

Tapi betapa agungnya mata sebagai senjata...mata ciptaan allah..Setiap kali memandang mata anak... yang sayu...yang layu...maka akan lenyaplah segala gundah dan penyesalan yang tidak sepatutnya wujud dalam naluri insan yang bernama ibu.Timbul pula rasa kasih dan sayang yang tidak terperi..

Kalau dulu seseorang ibu itu, pernah mendoakan agar tuhan menjauhkan anaknya dari segala malapetaka..namun apabila berpeluang untuk mendampingi anak yang seistimewa ini..si ibu pula tidak putus berdoa..ya allah aku bersyukur akan anugerah yang tidak ternilai ini..dan janganlah engkau menjauhkan dirinya dariku walau sesaat pun.

Akhirnya mummy pasrah dan tidak pernah akan cuba untuk membayangkan detik 20 tahun yang akan datang lagi..dimana adik mungkin akan menjadi lebih besar daripada mummy dan mummy harus mendukung adik...walau untuk jarak 1 meter pun.

Tidak perlu membayangkan semua itu...kerana Allah telah menetapkan semuanya.. setiap ujian disertai dengan perjalanannya yang tersendiri...Allah yang maha bijaksana telah merancangnya, maka sudah tentu Allah telah merancangnya dengan begitu baik dan sempurna sekali.Dan didunia ini tiada satu pun perkara yang bersifat kebetulan..setiap yang terjadi adalah lebih dahulu diketahui oleh
Allah.Tempuhi sajalah hidup ini sebaik mungkin..

Tabah..dan ketabahan...sebenarnya ketabahan itu datang dari dalam diri anak itu sendiri..Mummy pernah jatuh menangis dan terduduk..mengenang nasib adik...mengenagn nasib mummy. Mummy pernah lari keluar dari pejabat dan berjalan keseorangan mengikut langkah kaki..kerana tidak sanggup lagi merenung gambar2 adik di komputer dan meja.Mummy pernah ingin lari jauh dan tidak balik-balik lagi... tapi membayangkan adik..keadaan adik...bolehkah adik hidup tanpa mummy?? itu yg membuatkan mummy tabah... adik ternyata memerlukan mummy..tanpa mummy pada siapa adik hendak
mengadu?..sakit adik? tangis adik?..akhirnya mummy perlu menjadi seorang mummy yang cukup kuat dan tabah demi adik..demi anak yang kita kandung ..demi anak yang kita sayang...kesimpulannya tiada isu siapa yang tabah dan siapa yang tidak... cuma bayangkan sahaja apabila anak yang kita sayang tiba2 ditimpa malapetaka..dan adakah kita akan berlari dan berkata maafkan ibu..ibu tidak kuat dan ibu tidak tabah.

Pengalaman bersama adik...manis dan pahit, cukup memberikan 1001 pengajaran pada mummy tentang betapa kejamnya penghuni dunia yang cukup indah ini.Lebih ramai yang sinis dari yang manis.. kalau manis sekalipun pun hanyalah sekadar menanam tebu di pinggir bibir.Sekecil2 adik..tuh pun masih ada yang sanggup hina..kejam kan.Itu belum lagi adik sudah cukup besar dan hanya terlantar.Huh!

Mummy teringat satu ketika dulu..ketika mummy mendukung adik menunggu lif..apabila lif terbuka mummy ternampak akan wajah2 yang bakal melemparkan kata2 nista walaupun hanya dalam hati mereka sahaja.Mummy lekas menyembunyikan adik..dengan memangku adik di dada mummy..memeluk adik serat-eratnya..mummy cium adik bertalu2..

Bukan mummy malu..bukan mummy menyesal..tapi kerana mummy tidak mahu mereka nampak adik dan mula menghina dan mengeji adik..biarlah adik..biarlah mummy seorang yg tahu akan keistimewaan adik..mereka takkan pernah tahu...kalau mereka tahu pun mereka akan berkata2 dan mereka tidak pernah akan menghargainya...pada mereka adik bukan bayi biasa...pada mereka anak mummy cacat..anak mummy tak normal...biarlah mereka tak lihat adik..mereka tak layak pun untuk melihat adik..Mummy mahu melindungi adik..mummy tak mahu mereka berkata walau satu perkataan pun tentang adik!!!

Apakah salah adik termenung....sambil mengaru2 telinga sendiri...apakah salah adik mengejang jika itu yang menjadi keselesaan adik...mengapa mereka tak pernah terfikir untuk menjaga hati mummy..menjaga hati adik..bukankah adik juga menumpang didunia ini sama seperti meraka??? Apakah salah adik juling jika dengan cara itu sahaja adik dapat melihat keindahan dunia ini... Maafkan mereka dik..mereka angkuh kerana mereka memiliki segala2 yang adik tak punya...

Dulu mummy ingat adik hanya CP, macam kakak Nabilla, macam kakak Alisya..dan abang2 yang lain... tapi rupanya dugaan buat adik lebih hebat daripada itu...lebih dasyat dari itu... tapi Allah itu adil..walupun lebih dasyat namun kini adik sudah bebas..adik sudah lepas...dari siksaan yang membelenggu adik...adik dulu seperti dipenjara dengan rantai besi di setiap kaki dan tangan adik..di leher adik...sehingga mata sahaja yang mampu terkebil2..di hujung2 penderitaan adik..

Kini yang tinggal saki baki..kawan-kawan adik dan ibu bapa mereka yang masih lagi ingin diuji olehNya...sejauh mana kesabaran mereka.. sejauh mana keredhaan mereka...tentunya doa tidak akan putus kami utuskan buat mereka ibu-ibu dan bapa-bapa yang memiliki anak yang tak ternilai keistimewaanya...semoga tuhan mempermudahkan segala ranjau dan duri yang terpaksa dilalui untuk
membesarkan buah2 hati mereka...semoga mereka mengerti walaupun payah...walaupun goyah... anak2 itulah itulah kekuatan mereka...selagi ada anak itu bersama..

Kerana mummy kini tanpa adik...bagaikan sekujur tubuh tanpa jiwa...adik pergi membawa semua kekuatan yang mummy ada...walaupun masih ada daddy dan abang..tapi ada satu ruang yang kekal kosong dalam hati ini..bersama kekosongan ini mummy terus menghadapi ujian...walaupun ujian adik telah selesai...namun ketiadaan adik telah menjanjikan ujian yang baru bagi mummy...ujian yang terpaksa mummy lalui tanpa adik...tanpa 'kekuatan' mummy.Tapi biarlah ..biarlah mummy menanggung kesakitan ini keseorangan daripada melihat adik sakit bersama...

Sabarlah sahabatku...semoga Allah membalas setiap titik keringat yang tumpah..dan setiap titis airmata yang mengalir demi membesarkan anak-anak kesayangan Allah ini.Anggaplah diri ini bertuah kerna Dia telah 'melihat' kita dari berjutaan makhluk2 yang berserakan bagai hamparan pasir pantai ini.Kerana dengan itu sahajalah...dapat memulihkan kembali semangat-semangat kita. Sesungguhnya kita masih lagi sama...bezanya..ujianmu masih bersama anak itu..tapi aku TANPA anak itu.


Kini dia tiada lagi dalam dakapan ini...

Al-fatihah buat adik yang mummy sayang..Amin.

Monday, August 2, 2010

Kehilangan...

Adik...

Lately... abang suka sangat melukis... boleh dikatakan abang dah ada hobi tersendiri...kalau ada masa terluang abang mesti ambil color dan buku..
Abang akan duduk sorang2...dengan asyik abang akan melukis mengikut gerak hati abang...

Masa abang lukis ..abang akan duduk diam... betul2 tumpukan perhatian..
lepas pakai color merah..abang akan ambil color hijau..macam-macam yang abang lukis...tapi satu pun mummy tak paham..

Tapi bila mummy tanya abang lukis apa...hanya satu jawapan abang..tak pernah ada 2 atau tiga atau empat....

"abang yuyis......adik nun..................................."


Kadang- kadang mummy tak tanya...sebab mummy dah tahu abang lukis apa...
Tapi abang tetap datang pada mummy dan berkata...

"Mummy sube nenok nih....santikan....abang yuyis...adik nun..."


Mungkin abang tak tahu erti rindu lagi...
kalau abang dah tahu mungkin dah lama abang cakap..
Abang terlalu rindukan dik nun.....:(
video

Followers