About Me

My Photo
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya

Wednesday, February 9, 2011

Rahsia Alanna...



Salam Alanna,

Dulu mummy asyik dengan keindahan Alanna, semuanya indah di mata mummy, biarpun mummy menyedari ada sesuatu yang membuat mummy tidak lena tidur.
Tapi mummy tak pernah mahu bertanya kepada Alanna mahupun diri mummy sendiri akan persoalan itu.... Mummy biarkan sahaja waktu yang menentukannya...
Mummy sungguh naif, dan tidak mahu bersangka yang tidak baik pada Alanna.. Kerana mummy tidak mahu hidup dengan hati yang gundah dan gulana..

Sehingga pada satu waktu, sedang mummy menukar lampin Alanna di klinik kesihatan, untuk check-up bulan yang ke- 4.... Ade seseorang menegur mummy dengan lantang....

Memang sudah lumrah manusia akan menegur apa sahaja yang tidak baik dimatanya.Bermula dari satu persoalan itulah ... mummy tergadah...dan tersedar bahawa ada sesuatu yang sedang berlaku yang mummy tak tahu...dan mummy amat takut untuk ambil tahu....


"Kenapa, baby awak pandang atas je..?? mata die juling lagi yer...dah berapa bulan ??"
"Dah 4 bulan... " Mummy terdiam kelu...sambil meraut mata Alanna dan membacakan selawat ke atas Nabi S.A.W, agar Alanna memandang  ke bawah....dan mummy tidak tahu apa jawapan yang sesuai apabila diajukan soalan2 sebegitu. Soalan- soalan begitu membuatkan hati mummy sedih.... Mummy rauti mata Alanna berkali-kali lagi..tetapi Alanna tetap mahu memandang ke atas...seolah ada sesuatu yang lebih menarik di atas yang jauh disana....

" U gosok-gosoklah mata die... kesian nanti dah besar juling tak hilang ...dah lah perempuan...." Mummy hanya tersenyum dan mendukung Alanna sambil berlalu...
Mummy pergi ke arah daddy... Hanya tuhan saja yang mengerti perasaan mummy ketika itu......

...................................

"Alanna, kenapa pandang-pandang atas nih sayang...??..Tak mau tengok atas lagi....tak baik...tengok mummy..."  Tetapi semakin hari semakin tinggi penglihatan Alanna...
Sehingga membuatkan orang disekeliling sedar...bukan sahaja orang dewasa malahan kanak-kanak....

"Wei, cuba kau tengok mata dia...tuh tengok tuh..heheheh "....berkata sinis seorang budak perempuan kepada rakannya...ketika kami sama-sama menaiki lift..


 Alanna kini menjadi bahan lawak jenaka pula... di depan ibunya sendiri Alanna dipersendakan... Sungguh kesabaran mummy diuji... Adaka berbaloi jika budak-budak itu dimarahi...?? Mumy hanya tersenyum memandangmu, kerana setiap kali memandangmu perasaan marah itu hilang begitu sahaja... kaulah penyejuk hati, dan mummy rasa bersalah kerana tidak dapat melindungimu daripada dikeji sebegitu... 

.......................................

Semakin hari...semakin ramai yang bertanya...kenapa? kenapa? kenapa?  Mummy juga selalu tertanya didalam diri sendiri...kenapa Alanna? kenapa?
Sehinggalah mummy dikhabarkan dengan berita Alanna sakit... Baru mummy tahu, bukan ini pintamu nak,  Saraf - saraf mata Alanna tidak berupaya untuk membolehkan Alanna memandang luas bumi yang kita pijak... Alanna tidak mampu menggerakkan bola matanya kebawah lagi... Namun bagi mummy, syukurlah Alanna masih mampu melihat, dan mummy berdoa agar permandangan akan menjadi lebih indah dan menakjubkan dari sudut kaca mata Alanna.....

Namun masih ada yang lebih bijak pandai, meneka bahawa Alanna pandang atas sebab selalu nampak hantu, Alanna nampak syaitan... Alanna sedang dalam ketakutan... Alanna disampuk...
Walaupun Alanna suka dengar Azan...? Alanna suka dengar zikir....?

..............................................

Adakalanya, mummy suka melihat telatah Alanna yang begitu asyik memandang ke atas, sambil tersenyum manja...  Alanna sedang gembira... dan melonjak-lonjakkan kaki kesana.... Seolah-olah Alanna nampak sesuatu yang indah dan bercahaya...  Kehidupan Alanna penuh rahsia... Sehinggalah pada suatu hari Alanna pergi... 

................................................

Dan kini, bila Alanna dah tiada, Mummy sunyi.. mummy selalu baring dan merenung ka atas... cuba mencari-cari apa yang Alanna pandang selama ini...  Dan Mummy tidak nampak apa-apa.. selain gambaran Alanna di syurga..... Kini baru mummy mengerti.... Jauh disudut hati mummy ...mummy tahu.  Mengapa dulu , Alanna selalu memandang ke atas..., mungkin Alanna sudah nampak akan keindahan syurga.....Melalui Allah, tiada apa yang mustahil kan....Wallahuallam.

Al-fatihah Alanna.... Semoga Alanna baik-baik saja...

18 comments :

suzy said...

salam ayu,
betul cakap ayu..sesunggguhnye melalui Allah tiada ape yg mustahil..Alanna adalah insan yg bertuah yg dipilih utk menjadi ahli syurgaNya...dan ayu juga sgt bertuah kerana ade insan yg sedang mendoakan & menunggumu di pintu syurga..setiap kejadian tentu ade hikmahnye ayu..alfatihah utk alanna..

afsal_8281 said...

ayu mmg penyabar lah
kesian alanna dikata mcm tu
kuatkan hati ayu... ALLAH lebih mengetahui tiap kejadian

I B U E L Y S H A said...

ayu..
kuatkan hati yaa...alanna baik-baik si sana..alfatihah untuk alanna

mamasoffy said...

selalu rindu pada wajah ini..al-Fatihah untuk dik nun....

rizwan's sweetheart said...

al-fatihah buat baby alanna... :))

Eye_nee said...

Alanna kini pasti kelihatan sgtttt comel diSyurga...tiada lg memandang keatas...tida lg kesakitan...tiada lagi derita....Kebahagian kini Milik Alanna....

Mummy Alanna...tabahkan hati yer...

AyuArjuna BiGoshh said...

ya allah...sedey sgtlah entri ni...al-fatihah buat alana

zatil said...

Mulut manusia mmg tak boleh tutup. Pedulikan mereka. Hanya ibu itu sendiri fahami anaknya.

Al-fatihah utk baby Alanna sayang..

Zetty said...

Betul la mummy, kiter selalu nak bersangka baik saja pada anak2. Ini terjadi pada saya. Anak sulung saya kurang pendengaran, dikesan pada umur 3 thn. Saya dah berasa akan perkara ini sejak dlm pantang lg tp bila dinyatakan pd suami, dia kata saya suka fikir bukan2. Smpi la bila dia dpt adik & development adik terhadap pendengaran nyata berbeza krn pd waktu itu anak masih x bertutur dgn baik seperti umurnyer...maka saya desak suami supaya anak diperiksa oleh doktor. Skang anak saya 4 thn dan perlu guna alat pendengaran. Tahap dengarnyer 50/50

Anonymous said...

biarla org berkata apapun..yg penting Alanna istemewa di mata semua..dr lirik mata yg sejuk buat hatiku terpaut.......

ria said...

sgt tersentuh. . :)

Yasmin Nabilah.. said...

Ayu...tetiba air mata aku bergenang...sebab Nabila pun suka pandang atas...dan pernah 2 org budak remaja ckp masa aku dukung Nabila "sayangnya..muka cantik tapi juling"..dorang ckp kat belakang aku..aku tak dengar..zul terdengar..Ya Allah..nak marah pun tak guna..huhu..

Ya..anak-anak kita pandang syurga yu...

Cik Mary said...

hanya tuhan yang mampu merungkai persoalan. touching nyee.

Cahaya said...

Allah Akbar...semoga terus tabah.. Ujian ilahi tak pernah henti..Tanda Dia sayangkn kita...

suehaida_84 said...

salam..br follow blog nie....
anak su pun suka pandang ats..sayu rs..takut trjadi pd dia~~~tp ALLAh Maha Mengetahui...moga syabil mama sihat sentiasa..amin...

Anonymous said...

Maaf..Sy silent reader di blog ni..Sayu hati sy baca entry bt arwah alannaqish.Ya allh smpi tahap di cerca ke?hanya kerana skt yg ditanggung..Ya allah..kuatnya hati si ibu sbb mampu menahan segala tohmahan..Sy hanya mampu doakan arwah adek alanna bahagia di syurga sna..Klu skt alanna dpt di ubati/dipindahkan sktnye,sy rela jd penggantinye..xsggup sy baca kisah hidup alanna..sayu...sedih sgt...semoga ayah dn ibu alanna tabah..

Anonymous said...

salam..dan maaf juga kerana saya juga silent reader di blog ini, membaca blog ni, sungguh sayu hati saya, teringat anak sy yang juga telah pergi selama-lamanya, umur baru mencecah 3 thun, semasa hayat dia, menerima nasib yg same juga seperti Alanna Qish, dimana selalu orang bertanya kenapa mata ank sy asyik memandang ke atas..tp kt sebagai ibu..walaupun terguris hati, tp apa yang saya fikir sama macam yang ayu fikir..dia melihat syurga sebenarnya..di atas sana..mereka lbih tenang dan tiada lg kesakitan..

Ajieda Ajis said...

Al-fatihah. Walaupun hati terguris, tapi dialah sijantung hati. Segala-galanya baik tentang dia.... Amin....

Followers