About Me

My Photo
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya

Monday, January 30, 2012

tentang seseorang..............


Kulari ke hutan kemudian menyanyiku........

Kulari ke pantai kemudian teriakku......
  sepi, sepi dan sendiri aku benci!!!!!!!!!!!!!

Ingin bingar aku mau di pasar...

Bosan aku dengan penat
enyah saja kau pekat
seperti berjelaga jika kusendiri....

 Pecahkan saja gelasnya biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh..

 Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih..

Kenapa tidak kau goyangkan saja loncengnya biar
terdera

 Atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai?"
 

 Bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat

 

seperti berjelaga jika kusendiri.........





Loc: Dalam Rhu & Bukit Tinggi.
Puisi: By Rangga - Bosan ku dengan penat

Friday, January 6, 2012

Sedih, kelakar dan marah.

Assalammualaikum, maaflah kerana beberapa hari ni mood saya sangat tidak baik rasa macam nak tutup blog, berikutan beberapa kejadian yang telah menimpa diri, jauh hati, kecewa ,sedih plus letih, u know perempuan kalau tengah datang bulan apalagi sedang dalam nifas yang tidak memberi erti ini, mesti emosi tengah terganggu.

And bleeding masih tidak henti-henti sejak 11hb Dec yang lalu.Ditambah dengan terpaksa mengangkat barang-barang berat…masa pindah..i rasa macam isi perut ni nak terkeluar… Tapi sebab kesian sangat melihatkan daddy, pergi balik-pergi balik mengangkat barang sorang-sorang.  I gagahkan jugak…. bleeding yang dah stop tiba-tiba turun balik so i terpaksa pergi to the nearest hospital tengah-tengah malam. Sangat tertekan but thankfully the doctor siswazah tu sangatlah helpful dan sangat baik melayan saya.....

Sometime I try to look around ada tak sesiapa yang sudi hulurkan sebelah tangan meringankan beban seperti pepatah yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing….sebab i jenis yang malu nak mintak tolong... takutlah termenyusahkan orang, u know o rang lain pun busy dengan hal masing-masing... i lebeh prefer kalau orang yang datang offer... but then I realized that peribahasa kawan ketawa senang dicari but kawan menangis???  adalah yang lebih tepat.
It Is so true.

Yang lebih sedih, i ada called 1 of my saudara. Dia orang yang tak berapa nak senang sangat. I ingat nak bantu dia,  bagi jer my preloved Sofa Merah tu kat dia..walaupun sofa tu taklah macam baru beli... memandangkan dia ada Van dan boleh ambil...

So masa tengah-tengah busy angkat barang tu, dia & her husband datang to pick up the sofa...But dia datang  to my new house, i cakap u can wait here or kalau nak cepat dia boleh terus pergi ke rumah lama i sebab sofa masih ada disana.. So they choose to pergi rumah lama i, angkat the sofa, letak dalam van..and Vrooooooooooooommmmmmmmmmmmm!!!

Until today that person tak call me, u know atlist please say that u like the sofa or not...Or to be simple just say thank you. Kalau tak silap, mak kita ajar kita cakap thank you, walapun masa tu kita tak pandai nak cakap lagi . I tak harap depa tolong angkat my barang-barang for pindah but then u know, orang memberi kita merasa..kalau kita tak dapat nak memberi balik, apalah salahnya kita berbudi bahasa. I really feel so frustrated dengan orang-orang disekeliling i.

Mujurlah by the end of the day, ada 3 abang Bangla from daddy’s office datang meringankan beban... With a smiling face, walaupun baru habis buat kerja buruh seharian masih sudi meluangkan masa menjenguk dan menolong apa yang patut…. Then masa nak balik, daddy ajak the banglas makan dinner dekat mamak, tapi diorang tetap taknak… Diorang tetap nak balik asrama sebab katanya one of their friends dah masakkan dinner for today in fact setiap hari, so kalau diorang tak makan, nanti lauk dan nasi tu membazir…Puas pujuk pun taknak tetap nak suruh daddy hantar balik asrama makan lauk kari yang sama setiap hari.Ok taknak takpe..... 

Then daddy pun nak hulur tips sikit dekat each of them, but they bertempiaran lari sana sini…& taknak terima upah tu. Bila daddy kejar and marah sebab diorang lari they cakap – Sorry abang, jangan ini macam, kita ikhlas kasi tolon.Kita takmau duit.Kita ikhlas.Kita ikhlas.Hati banyak senang.
Tu lah tak semua pendatang tuh jahat dan hanya ingin mengambil kesempatan, ada sebilangan saja yang sebegitu, selebihnya datang ke Negara ini dengan niat yang suci untuk mencari rezeki, tinggalkan anak tinggalkan bini. Semoga niat suci mereka diberkati dan dilindungi oleh allah SWT.

Then I rasa bersyukur sangat dilahirkan di bumi Malaysia ini, walaupun hidup tidak semewah mana, namun syukur sangat-sangat disini peluang pekerjaan amatlah bersesuaian dan banyak, so daddy tidak perlu berhijrah ke negara lain sebagai buruh kasar atau pekerja restaurant.Tinggalkan mummy dan Nadime. Hahahahaha.

Nadime baby gummok...:))

Enoughla cerita sedih, nak cerita my little sweet talker pulak, petang tadi masa on the way balik rumah lepas ambil Nadime dekat babysitter, I did asked Nadime kenapa dia menangis masa daddy hantar pergi kinder pagi tadi….and dia cakap dia nangis sebab dia masih kecil, masih baby gemok..macam dalam gambar dia dulu-dulu….Then mummy cakap, No abang dah besar sekarang, abang tak boleh nangis-nangis selalu, nanti kalau mummy daddy tak ada siapa nak pujuk abang…. Then dia cakap kalau adik nun masih ada mesti adik nun dah pujuk abang…..:)) Okay mummy simpati disitu..:(
Then he kept saying, -tak nak besar-tak nak besar-…coz dia nak jadi my baby gemok forever and ever… Im so touched by his words & feel like want to cry.Then bila dia Nampak my face jadi sad, dia tanya i.. Mummy, kenapa mummy sedih?? Mummy nak adik?? Adik tak ada, sorry mummy….

Then my mind dah kemana-mana dah…. Teringat semua kenangan-kenangan dulu…. I biarkan dia mumbling sorang-sorang…entah apa-apa yang dia cakap…I tak dengar sangat…… sampailah I terdengar dia cakap….- kesian dia kan mummy, dia tak ada rumah, dia tak ada ayah, dia tak ada duit, dia tidur sorang-sorang saja…….siapa nak teman dia tidur…ha..macam mana ? apa nak buat buat ni? - bunyi seolah-olah mencemaskan....
Cerita Nadime tu macam tersangatlah interesting, So I pun teringin lah sangat nak tahu siapa yang dia maksudkan tu….beriya-iya dia bercerita dengan buat muka sedih nak menangis, then I tanya,
Nadime siapa yang tak ada rumah, tak ada ayah, tak ada duit tu?

Then selamba dia jawab……Dinasour. He is not trying to buat lawak or apa-apa…dia jawab dengan jujur.
I tak tahu macamana dia boleh terfikir nak bercerita pasal dinasour macam tu.I tertawa di dalam hati... mengenangkan betapa harunya cerita dia...betapa concernnya dia terhadap Dinasour tu...tak tahu Dinasour yang mana satu...hahahahha

OMG, memang Kids Say The Darndest Things kan?? Nadime, Im so glad that I still have u here, with me…
Syukur, Ya Allah…
…………………………………………

Mummy ada satu komen nak dibalas, I rasa tuan punya badan tertungu2 nak baca my reply. Sorry I published komen u but then I dah block the entry yang banyak mengundang kontroversi tu… sebab I dah sentap tersangat-sangat lepas baca satu komen yang cuba mengungkit kisah silam Alanna…sedangkan u’re not even there. 

Takpelah untuk cik Anon yang berkenaan, saya doakan family dan anak-anak comel cik anon sihat-sihat sahaja…hendaknya.  Terlajak perahu bolehlah diundur telajak kata, ada hati yang binasa. Barangkali sebab itulah cik Anon tidak tampil dengan nama sendiri sebaliknya suka menjadi  orang yang tidak diketahui. Sekurang-kurangnya bila saya nak mencaci saya nak memaki saya berdiri dengan nama saya sendiri… Sesiapapun diri anda, tidak kira guru, lawyarrrr..majistret? Datuk? Doktor? Saya bangga dengan anda kerana semestinya anda sangat perfect dan tidak pernah membuat kesilapan…Mungkin anda bukan seorang manusia biasa…kerana semua manusia biasa akan pernah membuat kesilapan….antara nak menyedari atau tidak sahaja..kerana semua yang baik itu datangnya dari Allah..yang tidak pula itu datangnya dari manusia...

Don't read my blog cause you're bored, I'm not here to entertain u and pls don’t come back…pls. Full stop.

Thursday, January 5, 2012

Hari baru yang terlalu Indah...




Pic-thanxs google.

Beribu-ribu rose merah terang dan kian  matang,
Beribu-ribu dan beribu-ribu kuntum lagi....................
Riang menari-nari ke kiri, ke kanan, berpusing dan berlenggang,
Setelah lama berteman embun sejuk dinihari, kini rose disimbahi hujan dilewat pagi.


- Hujan...............yang terapung di langit biru kini telah datang kepadamu wahai bunga.
Sentuhan lembut air hujan dengan kelopakmu - mewujudkan desiran seperti,
Satu perasaan yang sepi, yang pernah mummy rasai.............


Rose merah terang itu, hanya di kelilingi oleh warna hijau terang dari dedaunnya,
dan dedaun -dedaun yang lain.....

Dedaun yang asyik menikmati keindahan pagi, rose dan hujan.

Mummy dapat merasakannya!
Mummy dapat  melihatnya!!

Seperti tidak percaya, dalam sejuta keinginan untuk mengecapi kebahagian..
mummy pun terbuka mata....

Oh.... semua ini hanya mimpi........................:(((



Disebelah kiri mummy, di atas meja kecil putih,
ada satu pasu bunga bulat dengan sejambak rose merah yang indah......mummy tersenyum.

Dan..

disebelah kanan mummy....  Dia terbaring kemalasan dengan mata hampir terbuka.
Dia tersenyum dan tidak lepas mengenggam tangan mummy.
Sambil menikmati setiap hembusan bayu pagi..
Yang perlahan-lahan meniup dua helai langsir putih,
yang telus menembuskan cahaya.....

Lalu dia bangun, dan menarik tangan mummy ke jendela......
sambil berkata.........


"Bangunlah mummy, hari ini hari yang baru... dan ianya terlalu Indah........"
bisik Nadime dengan seribu pengharapan.



...............................



p/s- Selamat tahun baru kepada pembaca yang setia, Mummy doakan agar tahun ini akan menjanjikan pengalaman yang indah-indah belaka. Dan, semoga kenangan-kenaangan tahun lepas akan meninggalkan seribu pengertian kepada semua.

Followers